Monday, December 7, 2009

SEKITAR KELAS TUDUNG D IMPIAN QAISARA BANGI 5-12-2009







*para pserta dengan tudung yang mereka jahit :)*

(sila klik gambar untuk imej besar)

SALAM,

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi kelas jahit tudung bersama K Ton d Impian Qaisara BB Bangi pada 5 December yang lepas. Seramai 14 orang peserta yang bersemangat dan ramah tamah belaka menjadikan kelas begitu menyeronokkan..tak gitu?


Terima kasih kepada semua yang datang dan alhamdulillah ada dapat siapkan sehelai tudung ada yang dua helai! Yang penting, bila balik rumah, jangan lupa praktikkan ilmu yang dah di pelajari itu..Karang tak praktis, lupa pulak!


Kali ini peserta d minta membawa/membeli kain mereka sendiri, jadi kain2 itu adalah pilihan hati mereka..ada yang bawa siap dari rumah..ada yang beli dari Mai, yang sudi datang untuk menjual kain pada peserta semua...otai2 penjual kain yang lain tidak dapat datang kerana mengikut rombongan che kiah ke vietnam untuk memborong kain!!! Terima kasih daun keladi yer Mai..:-)


Terima kasih tak terhingga juga kepada tuan punya tempat belajar, Tun Nurul kerana tempat yang selesa dan makanan yang enak! Sejukk aircond..ramai yang mengigil..hehe


Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, kelas pada hari ini merupakan kelas terakhir untuk tahun 2009.

Selamat Tahun Baru 2010..semoga membawa lebih erti kepada kita semua :)



Wassalam..


2 comments:

kasih said...

wahhh bestnyer dpt wat tudung sendiri..teruja ase nk masuk kelas kak ton ni la..bila kak wat ag ekk??

Puan Hanis said...

kak ton...kelas 5/12 yg lepas tuh mmg seronok abis...ilmu menjahit dapat...tudung dapat..kawan pun dapat...spjg kelas asyik dok gelak jekkk..dapat pulak geng pandai berlawak.....hehehe

memang tak rugi laa pegi kelas menjahit nih ;)

keep up the good work ye kak ton!

-hanis-

Post a Comment