Saturday, July 24, 2010

AnDa ApA KhaBAR?

Salam!

Last post K Ton untuk blog ini adalah pada bulan December tahun lalu..dah hampir 7 bulan K Ton x update atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan.:)
Apa khabar anda semua? Walaupun K Ton tidak aktif lagi menjahit tudung dan update blog..masih banyak sms/email/call yg K Ton terima dari penggemar tudung ni..ramai yang bertanyakan tentang kelas jahit tudung? Bila nak di adakan lagi?..K Ton belum pasti lagi bila tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat kelas tudung buat masa ini..maaflah ye..tapi K Ton tengok dah ramai yang membuat kelas tudung sekarang dan anda semua mungkin boleh lah belajar dengan mereka juga..:)

InsyaAllah, kalau ada kelapangan masa K Ton akan update lagi ya..

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini..dan untuk kawan2 yang masih setia menjahit tudung..teruskan usaha..:)

Ceria Selalu!


Wassalam..

Tuesday, January 5, 2010

KELAS TUDUNG & PENJUALAN NOTA/POLA

SALAM,


Semua kelas tudung dan penjualan nota/pola telah ditutup bermula 01/01/2010 sehingga diberitahu kelak..


Terima kasih....


Monday, December 7, 2009

SEKITAR KELAS TUDUNG D IMPIAN QAISARA BANGI 5-12-2009







*para pserta dengan tudung yang mereka jahit :)*

(sila klik gambar untuk imej besar)

SALAM,

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi kelas jahit tudung bersama K Ton d Impian Qaisara BB Bangi pada 5 December yang lepas. Seramai 14 orang peserta yang bersemangat dan ramah tamah belaka menjadikan kelas begitu menyeronokkan..tak gitu?


Terima kasih kepada semua yang datang dan alhamdulillah ada dapat siapkan sehelai tudung ada yang dua helai! Yang penting, bila balik rumah, jangan lupa praktikkan ilmu yang dah di pelajari itu..Karang tak praktis, lupa pulak!


Kali ini peserta d minta membawa/membeli kain mereka sendiri, jadi kain2 itu adalah pilihan hati mereka..ada yang bawa siap dari rumah..ada yang beli dari Mai, yang sudi datang untuk menjual kain pada peserta semua...otai2 penjual kain yang lain tidak dapat datang kerana mengikut rombongan che kiah ke vietnam untuk memborong kain!!! Terima kasih daun keladi yer Mai..:-)


Terima kasih tak terhingga juga kepada tuan punya tempat belajar, Tun Nurul kerana tempat yang selesa dan makanan yang enak! Sejukk aircond..ramai yang mengigil..hehe


Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, kelas pada hari ini merupakan kelas terakhir untuk tahun 2009.

Selamat Tahun Baru 2010..semoga membawa lebih erti kepada kita semua :)



Wassalam..


Sunday, August 30, 2009

SMALL GROUP PRIVATE CLASS @ AMPANG









SALAM,

On 29 August 2009, K Ton berpeluang untuk mengajar satu private class terdiri dari 3 wonderful ladies yg bersemangat nak belajar jahit tudung.

Seronok sungguh hari tu...walaupun berpuasa, keadaan sekitar dan tempat belajar yang berangin sepoi2 bahasa dan redup membuat kami semua segar dan selesa..:) All three of them managed to siapkan 2 helai tudung..

Thanks to tingting, kak wulan n kak atie..for inviting me and layanan mesra anda semua!

Sunday, August 16, 2009

SEKITAR KELAS TUDUNG D IMPIAN QAISARA BANGI 15/8/09





ASSALAMUALAIKUM,



K Ton mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para pelajar pada 15/8/09 yang lalu. Semoga ilmu yang di beri dapat d manafaatkan dengan sebaiknya.

Kepada rakan2 yang datang untuk memeriahkan keadaan dan berniaga, terima kasih juga! Semoga dapat berjumpa lagi d kelas2 yang akan datang.

Akhir sekali untuk 'tokey' Impian Qaisara, Tun Nurul..terima kasih daun keladi!!

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA!




Monday, July 6, 2009

BERITA HARIAN 05 JULY 2009

(model is wearing Tudung Eva)

SALAM!


Kak Ton's Tudung was featured in Berita Harian dated 05 July 2009 ..check it out!


Monday, June 22, 2009

FINALLY...:-)